Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, bekalan air di kesemua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 3:00 pagi, pada Khamis.<br /><br />Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri, pihaknya menzahirkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual tersebut.
